RSS
Facebook
Twitter

02 July 2013

Ketua Hakim Negata Tun Arifin Zakaria mengatakan beliau tiada masalah dengan bekas hakim untuk kembali ke mahkamah.

Menurutnya, menghalang bekas hakim untuk kembali ke mahkamah sama seperti menyekat mereka melakukan sesuatu yang sudah biasa dilakukan dan lebih banyak manfaat dengan kehadiran mereka sebagai peguam di mahkamah.

Arifin merujuk kepada kontroversi terbaru bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram yang mengatakan kemungkinan akan mewakili calon PAS untuk kes petisyen pilihan raya di Perak.

Arifin yang pernah bersama-sama Sri Ram yang pernah juga mewakili Umno sebelum ini dalam beberapa kes di Mahkamah Rayuan, mengatakan isu bekas hakim kembali ke mahkamah dibincangkan dalam persidangan hakim baru-baru ini.

Bekas Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas adalah diantara yang masih muncul di mahkamah.

“Tiada kemudaratan mereka berada di mahkamah kerana kes diputuskan berdasarkan merit,” katanya.

Beliau mengatakan sesetengah daripada hakim bersara mempunyai pengalaman dan kepakaran yang boleh disumbangkan kepada mahkamah.

“Jadi lebih banyak kebaikan daripada keburukan,” katanya.

Majlis Peguam menentang langkah ini kerana mendakwa ianya boleh menyebabkan situasi memalukan apabila sesetengah bekas hakim akan memetik kes penghakiman mereka.

Presiden Majlis Peguam Christopher Leong juga mencadangkan prosedur kehakiman perlu dipinda bagi menghalang bekas hakim daripada menjadi peguam. – 3 Julai, 2013.

Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menegaskan hari ini agama kanak-kanak bawah umur tidak boleh ditentukan oleh seorang penjaga sebaliknya keputusan tersebut mestilah dipersetujui bersama, apabila ditanya tentang pindaan Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) 2013 yang telah dibacakan kali pertama baru-baru ini.

Nazri menyifatkannya sebagai "tidak adil" kepada salah seorang penjaga tersebut sekiranya Rang Undang-Undang kontroversi baru itu dipinda.

"Jadi kepada saya, tidak adil untuk mengatakan bahawa hanya seorang daripada penjaga boleh menentukan agama anak walaupun kalau seorang itu sudah memeluk Islam," kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu ketika di temui di Saloma Bistro di sini dalam majlis anjuran Tourism Malaysia.

"Saya sebagai seorang peguam dan Muslim juga, saya tidak selesa dengan keadaan ini," tambah beliau lagi.

Pindaan terhadap Rang Undang-Undang tersebut menerima kritikan hebat daripada kedua-dua Pakatan Rakyat (PR) dan parti komponen Barisan Nasional (BN), serta kumpulan masyarakat awam bukan Islam. - 3 Julai, 2013.


Siri kedua menceritakan cabaran perpaduan nasional selepas PRU13, satu pandangan terhadap dua keluarga yang terpisah disebabkan perbezaan politik.

Seorang suami telah diarahkan oleh isterinya yang merupakan ahli Wanita Umno agar menurunkan bendera parti pembangkang di hadapan pintu rumahnya.

Suami berkenaan pun menurunkan bendera tersebut meskipun bendera Barisan Nasional (BN) masih berada di pintu belang rumahnya. 

Persengketaan diteruskan.

Dalam kes lain pula, seorang suami berpakat bersama anak-anaknya untuk tidak membawa ibu mereka ke pusat pengundian pada 5 Mei lalu kerana dikhuatiri akan mengundi kerajaan.

"Ayah saya lebih rela membawa ibu ke pasar," kata anak perempuannya. Kemudian suami tersebut mendapati isterinya tetap ke pusat pengundian bersama rakannya yang lain.

"Ayah kini tidak lagi menghantar ibu ke pasar," menurut anak perempuan tadi.

 Ini merupakan kehidupan rakyat Malaysia beberapa minggu sebelum dan selepas hari pengundian pada 5 Mei. 

Adakah pendamaian nasional dapat dicapai sekiranya keluarga berdepan kemelut sebegini? Apakah pendekatan yang sesuai bagi membuang badi perselisihan PRU13?

Maya tidak tahu. 

Anak perempuan kepada ibu yang merupakan ahli Wanita Umno berkata: "Ayah selalu memberitahu ibu kerajaan mengamalkan rasuah dan gagal menguruskan negara. Ibu pula menjawab: BR1M ambil, pinjaman Tekun ambil, lepas tu kutuk kerajaan.

Ibu bapa kepada Maya iaitu Kamal, 69, dan Sharifah, 67, tinggal "bercakaran" di sebuah rumah sebelum pilihan raya baru-baru ini.

Kamal merupakan penyokong tegar PAS sementara isterinya ahli Wanita Umno itu pula giat menghadiri majlis dan kerja komuniti parti.

Melihat ragam ibu bapanya yang telah bersara itu, Maya, 26, anak perempuan bongsu kepada pasangan itu berkata dia sangat teruja melihat ibu bapanya itu berbeza fahaman politik.

Menghampiri musim pilihan raya, pertengkaran makin hangat, jelas Maya.

Mereka menghabiskan banyak masa menghadiri majlis politik dan jarang berada di rumah.

"Apabila mereka pulang, abah akan menonton YouTube dan mencari video yang dikirim oleh pembangkang." 

Atas sebab permusuhan orang tuanya, Maya tidak memberitahu parti politik mana yang dia pilih kepada orang tuanya.

"Ayah menuduh saya menjadi penyokong BN seperti ibu. Saya Cuma tersenyum," jelas beliau.

"Pada hari pengundian, perkara yang tak dijangka berlaku. Dakwat kekal pada jari ayah telah tertanggal dan dia terus-terusan mengecam SPR dan membuat laporan polis.

"Saya dan ibu cuba menenangkannya. Kami tunjukkan jari kami. Dakwatnya masih kekal. Dia mengalah setelah berusaha keras untuk menanggalkan dakwat berkenaan di jari kami."

Selepas pilihan raya, Kamal terus membawa isu penipuan pilihan raya sementara Sharifah pula menunggu hari bagi menerima pinjaman Tekun bagi membuka sebuah kedai runcit berhampiran kawasan perumahannya.

"Hubungan ibu dan ayah berada dalam keadaan baik namun keadaan menjadi tegang apabila isu politik menjadi topik perbualan," tambah Maya.

Lain pula kisahnya kepada Sebastian, 75, yang menghadapi konflik bersama isterinya, Diana yang dilihat ganjil dari sudut politik. Kedua-dua mereka merupakan pendatang dari India. 

Mereka telah menjadi warganegara dan mempunyai empat orang anak.

"Kami susah sewaktu kecil dahulu kerana ayah satu-satunya tunggak kepada keluarga kami. 

Ibu tidak dapat bekerja dengan Ijazah dari India kerana tidak dapat berbahasa Melayu.

"Ibu masih berasa bersyukur kerana tinggal di negara ini namun ayah sedikit menaruh prasangka kepada kerajaan kerana meminggirkan etnik kami. 

Dia menyokong DAP kerana parti berkenaan peka kepada permasalahan kami," kata anaknya, Arnold.

Arnold mengadu dia dan adik perempuannya tidak diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran meskipun memperoleh keputusan yang baik.

"Kesudahannya, kerajaan Singapura pula yang membantu kami dan ini membuat ayah lebih marah kepada kerajaan.

"Saya sedih mengingatkan hal itu kerana terpaksa berjauhan daripada keluarga pada usia 17 tahun."

Dalam pilihan raya sebelum ini, Arnold bersama dua orang adik-beradiknya pulang ke kampung untuk mengundi di kawasan Parlimen Ipoh Barat buat pertama kali.

"Ayah memberitahu kami bahawa dia mengesyaki ibu menyokong Barisan Nasional.

"Saya dan adik tidak dapat menerima kenyataan dan mengapa ibu bertindak sedemikian.

"Siapa yang bagi rakyat duit?" kata ibu, merujuk kepada BR1M.

"Kami amat terkejut malah turut bergurau untuk mengurungnya di rumah pada hari pengundian.

Ayah berkata: "Aku tak tahu kenapa mak kau terlalu sombong."

Arnold dan adiknya bersiar-siar di bandar Ipoh di sebelah malam sebelum hari pengundian setelah penat merubah fikiran ibunya.

"Kami lakukan kejutan. Kami berbincang untuk tidak membawa ibu ke pusat pengundian. 

Dengan kesukarannya berbahasa Melayu dan seorang warga emas berusia 65 tahun, dia kurang keyakinan apabila berdepan masalah sebegini terutama apabila perlu menghadiri acara penting seperti itu.

"Jadi kami pergi ke pusat pengundian tanpa membawa ibu."

Menurut Arnold, ibu tetap pergi ke pusat pengundian bersama rakan-rakannya. Apabila ditanya siapa yang dia undi, ibu menjawab: "Undi itu rahsia".

Malam itu, apabila keputusan diumumkan, kami berang kerana Pakatan Rakyat gagal menawan Perak.

"Saya tidak henti menyalahkan ibu, 'Tengok, sebab undi ibu, Barisan menang'. Ibu masuk ke biliknya.

"Meskipun sehingga ke hari ini, ibu tidak memberitahu siapa yang dia undi, kami boleh menjangkakan apabila dia memberitahu, 'Mak dah dapat surat BR1M'.

"Disebabkan itulah, ayah tidak lagi menghantar ibu ke pasar."

Dua keluarga, tetapi satu cerita. Secebis kisah kehidupan, rakyat Malaysia yang masih belum dikenalpasti.

Siri seterusnya, apa pendapat orang ramai berhubung pendamaian nasional. - 3 Julai, 2013.


KUALA LUMPUR, 2 Julai Seorang penyokong kerajaan mendakwa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memiliki 20 akaun bank yang berpangkalan di luar negara termasuk Israel dengan jumlah simpanan kira-kira RM332 juta.

Liang Teck Meng (BN-Simpang Renggam) mendakwa beliau mendapat maklumat itu daripada laman web Wikileaks.

Katanya Anggota Parlimen Permatang Pauh itu dikatakan mempunyai 20 akaun bank dengan jumlah simpanan kira-kira AS$66 juta (RM209 juta) dan SGD$49 juta (RM123 juta) di bank di Amerika Syarikat, China, Singapura dan Israel.

"Perkara ini tersebar luas dalam internet, dan apabila saya membaca perkara ini, terlintas dalam kepala ialah dari mana datangnya wang sebanyak ini," katanya ketika membahaskan usul menjunjung kasih titah Yang Di-Pertuan Agong pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Liang berkata setiap akaun itu mempunyai maklumat terperinci seperti nama pemegang, jawatan, nombor pasport, tarikh akaun dibuka dan tarikh matang.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu kerana ia amat bahaya memandangkan ada akaun berkenaan dibuka di Israel sedangkan Malaysia tidak mempunyai sebarang hubungan diplomatik dengan negara itu.

Dakwaan itu mengundang tindak balas Tian Chua (PKR-Batu) yang bangun mencelah dan mendesak Liang mengemukakan bukti dan tidak membuat tuduhan melulu sambil menggesa mengemukakan bukti itu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan.

"...Kita sudah berjuang lebih 15 tahun, satu sen pun tidak dapat...jadi kalau pemimpin kita kaya macam ini, kita juga ingin tahu," katanya.

Ini diikuti Jeff Ooi Chuan Aun (DAP-Jelutong) yang turut mendesak Liang mengemukakan bukti dan sekiranya gagal berbuat demikian perlu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Desakan oleh wakil pembangkang itu mendorong Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) bangun mencelah dan dengan lantang mencabar pembangkang mengambil tindakan undang-undang ke atas WikiLeaks sekiranya maklumat itu adalah palsu.

Liang mengakhiri perbahasannya dengan berkata tindakan Anwar memiliki akaun di negara Israel seakan memungkiri janji dan komitmen ketika bersama mengutuk kekejaman tentera Israel ke atas penduduk Gaza tahun lepas.

"Tahun lepas, di dewan ini ketika perdana menteri membentangkan usul khas mengutuk serangan Israel ke atas Gaza, Permatang Pauh bersama PAS dan DAP turut mengutuk sama tetapi sebaliknya di belakang mempunyai akaun simpanan di negara berkenaan," katanya.

BN MP slams govt guarantee to keep Sabah safe


Barisan Nasional MP Abdul Ghapur Salleh was upset. Upset enough to fire back at the government when it was stated that it could guarantee the safety of Sabahans. 

"But we don't feel it is guaranteed. We don't want you to say that our safety is guaranteed," he shot back at Deputy Home Minister Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar.  

At the heart of the matter was the recent Sulu intrusion of Lahad Datu, a confrontation that ended in the deaths of 10 Malaysian security forces personnel and 70 Sulu gunmen.

Wan Junaidi had said moments before that "the Emergency in Malaya lasted for 12 years, 1948 to 1960, but the government only took three months to resolve this," adding that the government can guarantee the safety of the people in Sabah with the Eastern Sabah Safety Zone (Esszone) in place.

However, Abdul Ghapur, the MP from Kalabakan, was already agitated. He had earlier scolded the deputy minister for his explanation on why the government had been slow to react and how they had tried to negotiate with the armed Sulu intruders.

"If someone enters my home with weapons, and on top of that, bullies me, will I negotiate? Of course I won't.  

"I will take my shotgun and shoot him immediately," he said to cheers from both sides of the divide.

Abdul Ghapur said he had raised the issue of the lack of security along the coast of Eastern Sabah in Parliament several times before but nothing was done.

"We in the East Coast cannot sleep at night because of this. This was an intrusion which means we were lackadaisical and to top it we let them negotiate?"

Wan Junaidi admitted the Malaysian government had been slow to react to the Sulu intrusion, but only in the name of "good neighbourliness".

He said the government also wanted to know the reason for the intrusion before acting.

"It involves foreigners from a neighbouring country," he said, adding it had not been easy to ascertain at the time what the intruders had wanted.

Wan Junaidi told the House that authorities only realised that the intruders were armed after the attack on Malaysian police on March 1.

"That was when we knew they were terrorists who wanted to lay their claim on Sabah," he said when questioned.

Wan Junaidi said the government also had to consult its counterparts in the Philippines, "to cooperate with them before doing anything".

The authorities first tried to negotiate with the intruders in the hope they would leave but negotiations broke down after the gunmen attacked Malaysian security forces on March 1 and it escalated from then on.

In the aftermath, Prime Minister Datuk Seri Najib Razak announced the setting up of the Esszone which covers a coastline of 1,400km in the districts of Lahad Datu, Kudat, Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna and Tawau.

Meanwhile, four Malaysians were among 30 people who were charged today under The Security Offences (Special Measures) Act 2012 (Sosma) over the Sulu intrusion. 

One of them, Detective Corporal Hassan Ali Basari, 61, was accused of withholding terrorism information at the office of the Lahad Datu Special Branch chief.

The other locals are Norhaida Ibnahi, 46, Abd Hadi Mawan, 49, and Abdul Majil Jubin, 41.

Norhaida was charged with harbouring a group of terrorists while the other two were accused of being members of a terrorist group and treason against the Yang di-Pertuan Agong.

The armed intruders had first entered Kampung Tanduo in Lahad Datu on Feb 12. - July 2, 2013.

Warga asing yang dipanggil memberi keterangan di Inkuiri Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini memberitahu panel  mereka memperolehi kad pengenalan di dalam hutan ketika bekerja di kem balak di Kinabantangan, dan juga di kedai kopi di Kota Kinabalu.

Mameng Saleng, 63, berasal dari Sulawesi memberitahu panel RCI beliau telah menerima kad pengenalan sewaktu bekerja dengan syarikat pembalakan pada 1980an selepas majikannya ketika itu mempelawa kad pengenalan tersebut kepada pekerjanya.

"Pada 1983 pengurus tanya saya mahu IC atau tidak, saya kata mahu ...," katanya kepada panel RCI yang diketuai bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong merujuk kepada kad pengenalan.

Mameng yang memasuki Sabah pada 1981 mengakui, segala urusan dokumentasi kad pengenalan yang ditawarkan kepadanya dilakukan di kem balak berkenaan, tanpa beliau perlu pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya tangkap gambar, isi borang semua di kem ... tiada surat akuan diperlukan," katanya ketika menjawab soalan pegawai penyiasat RCI.

"Masa itu ada dua lelaki (urus pemberian kad pengenalan) ... saya tidak kenal," katanya, dan menambah, proses mendapatkan kad pengenalan itu hanya mengambil masa sekitar dua bulan.

Bagi tujuan itu, beliau hanya perlu membayar sejumlah RM150, dan tidak pernah terlepas peluang mengundi ketika pilihan raya umum.

Sementara itu, Ahmad Soso, 53, mengakui menerima kad pengenalan di sebuah kedai kopi di Kota Kinabalu selepas bertemu seorang individu berketurunan Bugis bersama tujuh rakannya.

Ahmad yang lahir di Sulawesi berkata beliau hanya perlu membayar RM10 duti stem bagi memperolehi kad pengenalan, tanpa perlu menghadirkan diri ke JPN.

"Ada permohonan di buat, kami pergi jumpa satu orang Bugis di KK dia kata boleh tolong buat kad pengenalan," katanya merujuk kepada ibu negeri Sabah itu.

Proses berkenaan juga kata Ahmad hanya dilakukan di rumah lelaki tersebut, termasuk urusan mengisi borang dan juga cap jari.

"Dia tanya kami berapa orang, kemudian isi borang, dan cap jari diambil di rumah," katanya, dan menambah lelaki berkenaan juga tidak meminta sebarang surat sumpah atau sijil akuan.

"Cukup tiga bulan IC siap ... kami jumpa di kedai kopi untuk ambil," kata Ahmad lagi yang bekerja sebagai buruh di kebun bunga di Ranau.

Beliau yang mendaftar sebagai pengundi  turut mengaku di hadapan panel RCI bahawa beliau tidak pernah lepas daripada mengundi selepas memperolehi kad pengenalan, kecuali pada 1990 kerana jauh dari lokasi pengundian yang ketika itu dilakukan di Kudat.

Malah, ketika sesi RCI sebelum ini juga didedahkan pelarian perang dari Filipina telah diberikan kad pengenalan dan menjadi warganegara.

Dianggarkan sekitar 28 peratus daripada 3.2 juta penduduk Sabah adalah warga asing, menjadikannya berjumlah sebanyak 889,000 orang.

Sesi RCI pada Mei telah diberitahu Sabah mengeluarkan kad pengenalan 12 kali lebih tinggi berbanding Sarawak dengan 66,000 pendatang asing di Sabah telah menerima kad pengenalan biru sejak 1963.

RCI akan bersambung 9.30 pagi esok. - 2 Julai, 2013.

 


Datuk Seri Azalina Othman yesterday gave the prime minister a hint of what to expect during this Parliament meeting – a rougher ride from the Barisan Nasional backbench.

The former minister and Puteri Umno leader told Datuk Seri Najib Razak that he was not doing enough to promote the women’s agenda in Malaysia. "Often, women had to beg for what they rightfully deserved," said the Pengerang MP.

“Why be beggars to get what women rightfully deserve? This is not right at all. Najib needs to be more sincere with regards to this agenda," she told The Malaysian Insider after a fiery speech in the House in which she lamented the number of women in leadership positions, adding that it did not reflect the PM’s call for more women to be recognised in the public sector.

“The Small and Medium Corporation head is a woman and the Bank Negara governor is a woman, but we do not know how long they are going to be there," said Azalina, who was a Tourism minister in the Tun Abdullah Badawi administration and a high-flying Umno politician before her political career came up against a cul-de-sac, after allegations of impropriety in a subsidiary of the tourism ministry.

She also called Najib and the Women, Family and Community Development Ministry to come up with effective measures to stay true to the women’s agenda in the country. For a start, it was important to put in place a legal definition to ensure deserving women are given an equal platform to compete with men.

Azalina defended her seat in Johor but was among a group of senior and recognised Umno leaders overlooked by Najib when he chose his ministers and deputy ministers. Political commentators and pundits predicted that the PM may face some of the sharpest barbs in Parliament from his own party’s elected representatives.

The reasons: unhappiness over Najib's failure to deliver a two-thirds majority for the coalition and inability to reward many of the Umno warlords who won their parliamentary seats in GE13.

Azalina has already indicated that she is prepared to contest for the top position in Wanita Umno in the party elections in October, and her willingness to go on the offensive against Najib, the party president, would have warmed the hearts of many in the women’s wing who felt slighted that they were not allocated many seats in the general elections.

If she does get the nominations to contest the top position in Wanita Umno, her opponent is likely to be Datuk Seri Shahrizat Jalil, the former minister in charge of women’s affairs and current special advisor to the PM on Women, Family and Community Development. - July 2, 2013.

  • Blogger news

  • Blogroll

  • About